FORGOT YOUR DETAILS?

0

Anda berminat? Anda yakin bakat anda? Hantarlah kepada kami untuk penilaian. Sangat mudah dan jelas.

Manuskrip

Tatacara Penghantaran Manuskrip

• Pastikan manuskrip anda adalah asli • Format manuskrip anda adalah : i) Saiz Font Tulisan – 12 ii) Jenis Font Tulisan – Times New Roman iii) Jarak Baris – 1 spacing/langkau iv) Enter lima (5) kali untuk menjarakkan antara bab / Jarak lima baris antara bab. v) Enter dua (2) kali untuk menjarakkan sesuatu perubahan plot atau perubahan masa babak di dalam satu-satu bab. • Minimum ketebalan manuskrip anda adalah 220 halaman bersaiz kertas A4 • Manuskrip di dalam file dokumen WORD. • Manuskrip anda tidak melibatkan isu perkauman, politik dan sensitiviti masyarakat. • Plot cerita yang baik dan kemas. • Emelkan manuskrip penuh ke editor.intensmart@gmail.com • Lampirkan bersama i) Nama penulis seperti di kad pengenalan ii) Nama pena iii) Alamat surat-menyurat iv) No Telefon v) Alamat Emel vi) Sinopsis cerita anda • Manuskrip anda kepada Intens tidak dihantar ke syarikat penerbitan lain sehingga kami membuat keputusan sama ada MENERIMA atau MENOLAK

• Proses penilaian mengambil masa 1 – 2 bulan. Kami akan hubungi anda dalam tempoh tersebut. • Jika diterima, kami akan edit dan pulangkan semula kepada anda untuk semakan terakhir bersama surat perjanjian setebal 17 halaman.

• Royalti anda adalah 10% daripada harga Semenanjung Malaysia. • Wang pendahuluan RM1000 akan diserahkan kepada anda bersama salinan perjanjian yang telah lengkap duti setem. • Hak cipta adalah hak Penulis. Hak kami hanya sebagai hak penerbitan buku untuk tempoh tertentu sahaja. • Sekiranya ada pihak ketiga berminat dengan karya anda, perjanjian lain akan dimeterai. • Kami adalah agen anda kepada pihak ketiga. • Novel akan terbit setelah Perjanjian ditandatangani oleh Penerbit dan Penulis.

TOP